Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Syamer nafi gugup di bahagian serangan

Syamer nafi gugup di bahagian depanPemain tengah skuad negara, Syamer Kutty Abba, menafikan bahawa dia teragak-agak untuk melaksanakan tanggungjawabnya sepanjang 15 minit terakhir menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam perlawanan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 di Stadium Nasional, Bukit Jalil semalam.

Pemain kelahiran Pulau Pinang itu dilihat lebih ‘menjadi’ ketika menerajui bahagian tengah bertahan.


Namun, ia tidak berlaku ketika tewas 1-2 kepada UAE apabila dia diberikan tanggungjawab untuk mengepalai jentera serangan.

Ramai beranggapan pemain itu gagal menjelmakan watak sempurna di bahagian depan selepas terlepas beberapa peluang terbaik untuk menyamakan kedudukan dengan UAE.





“Saya dapat banyak peluang tapi mungkin daripada segi penyudah, saya agak kurang.

“Saya rasa, benda itu saya kena pertajamkan lagi untuk perlawanan yang akan datang, Insya-Allah.

“Saya harap akan buat yang lebih baik nanti,” katanya.





Tambah syamer, dia tidak berdepan sebarang masalah dengan tugasan itu, namun mengakui kecewa apabila gagal melaksanakan misi untuk sekurang-kurangnya meraih satu mata.

“Sejujurnya saya amat kecewa.

“Ia bukanlah malam yang baik buat saya sebab gagal menterjemahkan peluang yang sepatutnya gol.

“Saya kecewa dan akan perbaiki lagi segala kelemahan saya,” tambahnya. – stadiumastro



(Visited 77 times, 1 visits today)

Comments

comments

,