Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Sindiket Jual Mykad Untuk Warga China, Timbalan Pengarah Antara Ditahan

KEBIMBANGAN umum mengenai pemilikan MyKad oleh warga asing terutamanya dari China ternyata berasas apabila aktiviti penjualan dokumen tersebut yang turut didalangi pegawai kerajaan berpangkat tinggi terbongkar di Pulau Pinang baru-baru ini.



Kegiatan itu terbongkar selepas seorang wanita warga China datang ke pejabat Imigresen untuk membuat pasport dengan mengemukakan MyKad, namun sangat mencurigakan apabila dia tidak dapat berkomunikasi kerana tidak mampu langsung berbahasa Melayu.

Susulan itu, satu operasi khas dijalankan yang membawa kepada penahanan beberapa individu termasuk pegawai tinggi sebuah jabatan kerajaan di Pulau Pinang di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).





Antara yang ditahan termasuk Timbalan Pengarah sebuah jabatan bagi membantu siasatan berhubung laporan dibuat Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pulau Pinang mengenai warga China berkenaan.

Sumber yang dipetik portal Harian Metro memberitahu, wanita berkenaan yang berusia linkungan 30-an datang ke JIM untuk membuat pasport dengan mengemukakan MyKad miliknya yang sah.

“Namun status kewarganegaraan wanita itu diragui selepas timbul masalah komunikasi antara dirinya dan pegawai bertugas.





“Dia gagal menjawab semua soalan yang diajukan dalam Bahasa Melayu sebaliknya hanya tersenyum sebaik soalan dikemukakan,” katanya sumber berkenaan.

Menurutnya, MyKad yang dibawa wanita itu sah sebelum JIM membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Susulan laporan itu, satu operasi sulit dilakukan PDRM sebelum membawa kepada penahanan beberapa individu yang dipercayai terbabit dengan kes penjualan MyKad membabitkan nilai RM350,000.

Difahamkan, operasi sulit itu akan menahan beberapa lagi individu termasuk membongkar sindiket berkenaan.

Katanya, difahamkan, hasil siasatan sehingga hari ini kumpulan itu sudah menjual lebih enam keping MyKad selain penemuan sejumlah wang tunai bersama beberapa individu terbabit.



(Visited 176 times, 1 visits today)

Comments

comments