Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Saya & rakan-rakan perlu menghormati Harimau Malaya – Omar Abdulrahman

KUALA LUMPUR: Ayam tambatan Emiriah Arab Bersatu (UAE), Omar Abdulrahman enggan menjadikan sejarah manis membelasah Malaysia 10-0, empat tahun lalu sebagai sandaran utama untuk pasukannya mencipta kemenangan di Stadium Nasional, malam esok.

Sebaliknya, Omar membayangkan skuad Harimau Malaya bakal tampil dengan persembahan berbeza bagi aksi Kumpulan G kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 nanti.



“Ia (kemenangan 10-0) sudah berlalu, kami tidak boleh melihat ke belakang. Ini adalah bola sepak moden dan pasukan berkembang dari semasa ke semasa.

“Kami menyaksikan perlawanan Malaysia dan Indonesia, mereka beraksi dengan baik dan kami harus menghormati mereka.

“Jadi, ia tidak akan menjadi tugas mudah dan kami perlu fokus sepenuhnya untuk perlawanan,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.




Omar menjadi watak penting ketika pasukannya membelasah Harimau Malaya pada kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 dengan lapan gerakannya berjaya menghasilkan jaringan.

Namun, pemain berusia 27 tahun itu baru beberapa minggu kembali menyertai skuad kebangsaan UAE selepas mengalami kecederaan sebelum ini.




Omar bagaimanapun berkata, dia sudah bersedia sepenuhnya untuk diturunkan berdepan Harimau Malaya jika khidmatnya ditagih jurulatih Bert van Marwijk.

“Sebenarnya ini bukan perlawanan pertama saya (selepas pulih), jadi saya bersedia memikul apa saja yang jurulatih tugaskan.

“Apa yang penting kami mahu mendapatkan tiga mata dan secara peribadi saya fikir tiada masalah walaupun UAE dibarisi ramai pemain muda,” katanya.



(Visited 62 times, 1 visits today)

Comments

comments

,