Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Peniaga kebab warga Yaman dibelasah kerana senduk

Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR – Gara-gara bertengkar kerana mahu meminjam senduk, dua peniaga kebab warga Yaman diserang dan dipukul di pusat penjaja, Jalan Chemur di sini Sabtu lalu.



Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Fahmi Visuvanathan Abdullah berkata, kejadian kira-kira jam 7 petang itu berlaku semasa seorang lelaki tempatan yang ingin meminjam senduk dari gerai yang dijaga dua warga Yaman terbabit.

Menurutnya, bagaimanapun warga Yaman itu enggan untuk meminjamkannya atas alasan kerana ianya untuk dijual.





“Kemudian berlaku pertengkaran di mana lelaki tempatan tersebut dengan seorang lagi rakannya dikatakan telah menyerang dan memukul kedua-dua peniaga warga Yaman itu.

“Susulan itu, polis telah menahan warga Yaman itu bersama lima lelaki tempatan di lokasi kejadian untuk siasatan lanjut,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.





Beliau berkata, lima lelaki terbabit kemudian dibebaskan semalam selepas mendapati mereka tidak terlibat secara langsung dalam kejadian itu kerana hanya bertindak untuk meleraikan pergaduhan tersebut.

“Dua lelaki berusia lingkungan 40 dan 50-an yang bertindak memukul warga Yaman berusia 23 dan 31 tahun itu kini masih diburu.

“Siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan,” katanya.



(Visited 233 times, 1 visits today)

Comments

comments