Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Neymar tutup peluang Pogba berpindah ke PSG

PARIS: Paul Pogba dilaporkan sudah bersetuju dengan terma gaji £429,000 (RM2.2 juta) seminggu ditawarkan Paris Saint-Germain (PSG) sebelum tarikh akhir jendela perpindahan namun ia tidak menjadi kenyataan susulan kegagalan Neymar pindah ke Barcelona.


Pemain tengah Perancis itu yang berdepan masalah di Old Trafford, menjadi tumpuan kelab gergasi seperti Barcelona, Real Madrid dan PSG sepanjang tempoh perpindahan musim ini.

Sebuah media di Itali semalam melaporkan bahawa United sudah setuju menjual Pogba sehari sebelum tarikh tutup itu kepada PSG.





Namun ia tidak menjadi kenyataan susulan rundingan Barca bersama PSG untuk mendapatkan semula Neymar menemui jalan buntu berhubung terma harga.

Hasilnya, Pogba terlepas peluang menikmati bayaran gaji sebanyak £22 juta (RM114 juta) setahun yang ditawarkan skuad bimbingan Thomas Tuchel itu.




Dalam pada itu, Adidas juga dilaporkan pihak paling berperanan memastikan Pogba kekal bersama Manchester.

Ole Gunnar Solskjaer sebelum ini mengakui bahawa dia bersikap terbuka untuk kelab melepaskan Pogba dengan syarat penjualan itu lancar di awal musim perpindahan supaya yuran jualan Pogba itu akan dapat digunakan untuk membawa masuk beberapa pemain sesuai yang lain. – Agensi



(Visited 88 times, 1 visits today)

Comments

comments