Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Kepulangan Vardy masih dinanti – Southgate

LONDON 12 Sept. – Gareth Southgate berkata pintu sentiasa terbuka untuk Jamie Vardy jika dia berhasrat untuk menyarung semula jersi skuad kebangsaan England.



Sebelum ini, Vardy berbincang dengan bos England itu dan telah membuat keputusan untuk bersara di pentas antarabangsa selepas kempen Piala Dunia 2018.

Bagaimanapun, Southgate mendedahkan dia boleh mempertimbangkan untuk kembali menerima Vardy jika penyerang Leicester itu bersedia membuat kepulangan bersama skuad Three Lions.





Vardy menjaringkan tiga gol dalam empat perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim ini.

“Jelas sekali dia (Vardy) masih boleh beraksi. Saya tidak kisah untuk membawa masuk dia kembali menyertai skuad namun apa yang pasti pintu ini masih belum tertutup untuk dia sebab dia antara pemain yang bagus dan masih menjaringkan gol dalam perlawanan penting.

“Dia memiliki karekter seperti yang kami ada jadi pintu sentiasa terbuka,” kata Southgate. – AGENSI



(Visited 52 times, 1 visits today)

Comments

comments