Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Kelab Thai ikat Zafuan dua tahun

KUALA LUMPUR: Selepas Dominic Tan menyertai kelab Thailand, Trat FC, pemain muda negara terus ‘laku’ di negara jiran itu dan kali ini giliran Zafuan Azeman yang menyertai kelab Ang Thong FC dengan ikatan kontrak dua tahun.

Walaupun hanya berstatus divisyen tiga Thailand, Zafuan melihat penyertaannya itu sebagai bertepatan ketika misinya memburu satu slot pemain yang akan mewakili negara ke Sukan SEA, November ini.



“Pertama sekali, terima kasih kepada pihak pengurusan kelab kerana memberikan peluang ini kepada saya. Sudah pasti saya mengimpikan untuk kerap bermain.

“Tidak hanya untuk mengekalkan prestasi saya tetapi dalam masa sama saya turut memasang impian untuk gunakan peluang ini bagi mewakili skuad negara ke Sukan SEA nanti,” katanya yang turut menganggotai pasukan Bawah 19 tahun (B-19) menjuarai Kejuaraan AFF B-19, tahun lalu.





Sebelum menyertai kelab Ang Thong, Zafuan pernah berkelana ke Itali mencuba nasib bersama Venezia FC, kelab Korea Selatan, Yangju Citizens FC dan kelab liga utama Thailand, Bangkok United.

Walaupun gagal terpilih dalam ujian berkenaan, Zafuan tetap bersikap positif dan mahu gunakan peluang bersama Ang Thong sebaik mungkin.





“Walaupun hanya divisyen ketiga, tidak bermakna saya boleh ‘goyang kaki’ dan sudah pasti saya perlu bersaing dengan rakan sepasukan lain merebut tempat dalam skuad utama.

“Saya lihat persaingan di liga Thailand cukup kompetitif. Jadi ini peluang saya untuk mantapkan lagi prestasi saya,” katanya.



(Visited 496 times, 1 visits today)

Comments

comments