Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Kekalahan paling menyakitkan buat Garuda

KUALA LUMPUR 6 Sept. – Perit untuk ditelan namun terpaksa menerima hakikat.

Itu yang dilaporkan oleh kebanyakan media tempatan Indonesia selepas skuad kebangsaan mereka dimalukan Harimau Malaya dalam aksi pembukaan Kumpulan G, pusingan 2 kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Gelora Bung Karno, Jakarta, semalam.


Dalam perlawanan tersebut Indonesia tewas 2-3 sekali gus menyebabkan ribuan penyokong tuan rumah di stadium berkenaan pulang dengan kekecewaan.

Salah satu media Indonesia, Kompas.com, melaporkan bahawa ketua jurulatih pasukan kebangsaan mereka, Simon McMenemy terlalu sukar menerima kenyataan tersebut selain menyakitkan.

“Saya tidak boleh berpura-pura dengan kekalahan ini, terlalu menyakitkan untuk menerimanya.

“Walaupun berat, saya ingin mengucapkan selamat kepada Malaysia atas kemenangan ini.

Bagi saya secara peribadi ini sangat sulit diterima,” kata McMenemy dalam Kompas.com.





Sementara itu, ada juga laporan daripada REPUBLIKA.CO.ID menyatakan McMenemy menjadikan isu keletihan pemain sebagai punca utama kekalahan pasukan Indonesia.

Kata McMenemy, Jadual liga tempatan yang padat dikatakan menjadi faktor utama kebanyakan pemain Indonesia keletihan dalam perlawanan menentang Malaysia.

“Saya tidak ingin mencari alasan untuk kekalahan itu. Namun jadual liga sangat padat, sampai bertanding.

“Ketika Ricky Fajrin cedera dan harus diganti di babak kedua itu pun akibat dari keletihan. Seharusnya para pemain harus diberikan jadual liga yang rapi, tidak boleh pemain beraksi terus-menerus,” kata McMenemy kepada REPUBLIKA.CO.ID.




Harimau Malaya pulang dengan tiga mata dalam perlawanan tersebut apabila gol pada minit 97 oleh Mohamadou Sumareh berjaya meranapkan impian tuan rumah.

Perlawanan tersebut juga turut dicemari dengan tindakan tidak profesional penyokong Indonesia yang menyaksikan saingan terpaksa dihentikan hampir 10 minit.

Semua itu berlaku pada separuh masa kedua selepas penyokong tuan rumah bertindak meluru ke arah penyokong pelawat termasuk melontar suar. – UTUSAN

(Visited 632 times, 1 visits today)

Comments

comments