Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Juruterbang tak muncul, bapa terbangkan sendiri pesawat ke Sepanyol

SEORANG lelaki warga Britain menyelesaikan masalah penumpang EasyJet menunggu lama penerbangan yang ditunda, dengan menerbangkan pesawat itu sendiri ke Sepanyol.


Michael Bradley merupakan antara pelancong yang kesal dengan tindakan syarikat penerbangan itu menangguhkan operasi, gara-gara seorang kapten tidak muncul pada Ahad.

Dia berharap dapat menaiki penerbangan ke Alicante, Sepanyol bersama isteri dan seorang anak lelaki.





Bagaimanapun, sebagai juruterbang EasyJet, Michael menghubungi majikannya dan memberitahu bahawa dia sukarela untuk menerbangkan pesawat itu.

Menurut laporan Manchester Evening News, syarikatnya bersetuju dan pesawat itu berlepas dari United Kingdom. – Mirror UK




(Visited 310 times, 1 visits today)

Comments

comments