Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Jualan tiket rendah, Mana hilangnya pemain ke-12 Harimau Malaya?

Itu persoalan yang timbul selepas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan hanya 21,000 tiket perlawanan bagi aksi kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 antara Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) terjual sehingga kira-kira jam 11.59 malam tadi.

Jumlah itu boleh dikatakan sedikit jika dibandingkan dengan kapasiti Stadium Nasional, Bukit Jalil yang mampu memuatkan lebih 80,000 penonton.




Mungkin faktor hari perlawanan jatuh pada hari bekerja menyebabkan peminat lebih selesa menyaksikan perlawanan di kaca televisyen.

Namun dijangka lebih ramai penyokong dijangka akan terus mendapatkan tiket menjelang perlawanan pada malam ini.




Terdahulu tiket telah dijual secara online di www.tickethotline.com.my sehingga diutup jam 11.59 malam tadi.

Penyokong boleh membeli tiket di kaunter stadium bermula jam 2 petang hari ini di pintu A, B, C dan D bagi penyokong Malaysia, manakala pintu E bagi peminat UAE.




(Visited 207 times, 1 visits today)

Comments

comments

,