Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Jangan lagi bolos di awal permainan – Tan Cheng Hoe

Image may contain: 13 people, people smiling, people standingBerhati-hati di 10-15 minit pertama.

Itulah pesanan ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe menjelang perlawanan berdepan Emiriah Arab Bersatu (UAE) di pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 10 September ini.


Menurut Cheng Hoe, dia tidak mahu pemainnya mengulangi kesilapan seperti ketika menentang Indonesia di mana mereka bolos seawal minit ke-12. Malaysia berjaya bangkit untuk mencatat kemenangan 3-2 dalam perlawanan itu, tetapi Cheng Hoe mahu pemainnya memberikan fokus dari awal permainan ketika berdepan UAE nanti.

“Mungkin kami akan ubah sedikit taktikal kerana UAE mempunyai ramai pemain yang bagus di setiap posisi. Jadi sekali lagi kami perlu berhati-hati dan memberikan fokus terutamanya di awal 10-15 minit. Itu masa yang biasanya kita bolos. Saya pasti selepas menang ke atas Indonesia, saya yakin pemain mempunyai keyakinan tinggi untuk berdepan UAE.”





“Dalam 15 minit pertama kami gugup juga kerana berdepan situasi bahawa ini perlawanan pertama kelayakan Piala Dunia. Sedikit sebanyak pemain merasa tertekan, tetapi dengan semangat juang yang tinggi, kami dapat mencatat kemenangan pertama yang cukup berharga. Banyak lagi perlawanan, tetapi ianya satu permulaan yang bagus dan harap kami dapat kekalkan momentum baik ini,” kata Cheng Hoe ketika ditemuramah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.




Kemenangan ke atas Indonesia membolehkan Malaysia berada di tangga teratas Kumpulan G dengan tiga mata, dan Cheng Hoe berharap itu akan memberikan lebih keyakinan buat pemainnya.

“Ianya permulaan yang baik, tapi kita akan berdepan pasukan yang lebih baik daripada Indonesia seperti UAE, pasukan pilihan di Kumpulan G. Kami perlu kekalkan momentum dan semua pemain perlu fokus dan tidak khayal dengan tiga mata itu serta berkerja lebih keras lagi.” – foxsport



(Visited 76 times, 1 visits today)

Comments

comments

,