Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Indonesia tidak mahu Harimau Malaya datang ke Jakarta dalam ketakutan

Image may contain: 25 people, people smiling, people standingKUALA LUMPUR 3 Sept. – Indonesia tidak mahu Malaysia datang ke Jakarta dalam ketakutan hingga memaksa barracuda dijadikan kenderaan rasmi kerana mereka bukan berperang.



Penolong Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Indonesia (PSSI), Marsal Masita menegaskan, mereka sudah berulang kali memberi jaminan keselamatan kepada Malaysia dan merayu penyokong agar tidak menyukarkan kea­daan apabila kedua-dua pasukan bertemu dalam aksi pembukaan kelayakan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Bung Karno, Khamis ini.

“Kami sudah atur (buat pe­rancangan).





“Sudah bertemu FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia). FAM juga sudah bertemu Polis Metro Jaya.

“Dari kami PSSI, tak mahu perlawanan tampak terlalu menakutkan. Kalau naik barracuda seakan-akan mahu perang…­jangan,” kata Marsal kepada media Indonesia kelmarin.

Menurut Marsal, mereka sudah mempunyai pelan ke­selamatan tiga hari menjelang pertembungan Kumpulan G yang dijangka ‘panas’ jika melihat kepada sejarah pertemuan dua pasukan berjiran itu.

MARSAL MASITAPengalaman menakutkan terakhir yang dilalui pemain Malaysia adalah pada Kejuaraan Bawah 19 AFF di Sidoarjo, Jawa Timur tahun lalu, yang me­nyaksikan skuad muda negara dibaling objek keras selepas menewaskan tuan rumah.





Sebelum ini, pasukan Malaysia terpaksa menaiki barracuda dua kali untuk pulang ke hotel penginapan iaitu dalam final Piala AFF 2010 dan final Sukan SEA 2011 selepas dikepung penyokong Indonesia di luar stadium.

Memandangkan pertarungan kali ini jauh lebih tinggi nilai­nya, iaitu kelayakan Piala Dunia, PSSI sedar keadaan mampu menjadi lebih tegang dan telah melakukan persiapan terbaik untuk menghadapi perlawanan.

“Kami bersyukur Polis Metro Jaya banyak membantu kerana mereka sedar perlawanan ini sangat penting dan kita juga sudah lama tidak bertemu Malaysia.

“Ini adalah peringkat kelayakan Piala Dunia, jadi tekanan­nya pasti tinggi.

“Setakat ini, tiada perkara pelik berlaku dan tiada permintaan luar biasa daripada mana-mana pihak,” ujarnya lagi.



(Visited 125 times, 1 visits today)

Comments

comments

,