Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Hadin Azman tetap hero Felda United

Image result for Hadin AzmanDipanggil ke skuad kebangsaan dan berada dalam kesebelasan utama ketika berdepan Indonesia, nasib Hadin Azman nampak semakin baik. Tetapi dia kemudiannya dikeluarkan di separuh masa pertama dan digantikan dengan hero perlawanan itu, Mohamadou Sumareh, kemudiannya langsung tidak berada dalam skuad ketika berdepan UAE.



Biar apa pun yang dikatakan oleh orang ramai mengenai Hadin, yang paling tau keupayaan dan kelebihan Hadin adalah Felda United. Ketua pasukan mereka itu telah beberapa kali menjadi wira buat mereka musim ini bagi mengelakkan mereka tersingkir ke Liga Premier.

“Kejayaan membantu pasukan kekal di Liga Super musim depan, malah membawa pasulan mara ke separuh akhir Piala FA musim ini amat membanggakan.




“Oleh itu, saya percaya kembalinya Hadin dalam pasukan untuk baki saingan peringkat Kumpulan D Piala Malaysia mampu membantu The Fighters mara ke suku akhir.

“Walaupun persembahan Hadin ketika bersama Harimau Malaya yang tidak memihak kepadanya pada kali ini, ia diharap tidak menjejaskan komitmen dan prestasi bersama kelab,” kata ketua jurulatih Felda United, Nidzam Jamil seperti dilaporkan Harian Metro.





Sudah tentu Nidzam, rakan sepasukan dan penyokong Felda United akan terus memberi sokongan kepada Hadin. Felda United yang berada di Kumpulan D bersama Selangor, Melaka United dan PDRM masih berpeluang untuk layak ke suku akhir biarpun berada di tangga terbawah.

Felda United memungut empat mata daripada empat perlawanan setakat ini, cuma dibezakan dua mata dengan Melaka United dan Selangor yang mengisi slot ke suku akhir dan satu mata di belakang PDRM.

The Fighters nampak mempunyai peluang yang baik dengan baki dua perlawanan terakhir mereka, menentang PDRM dan Selangor, adalah di laman sendiri. Dua perlawanan ini akan menjadi pentas buat Hadin menunjukkan kenapa dia menjadi pilihan Tan Cheng Hoe untuk beraksi bersama skuad kebangsaan. – foxsport



(Visited 38 times, 1 visits today)

Comments

comments