Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Bos salon wanita pukul dan cukur rambut pekerja, suami didakwa rogol remaja bawah umur

Pemilik salon memukul pekerjanya yang menjalinkan hubungan dengan suaminya.

HARAP pegar, pegar makan padi. Itulah yang berlaku kepada seorang lelaki yang menjalinkan hubungan rapat dengan pekerjanya berusia 15 tahun.


Menurut laporan China Press, remaja perempuan itu berpindah ke bandar untuk belajar mengenai kecantikan dan bekerja di sebuah salon yang dimiliki oleh isteri kepada lelaki tersebut.

Bagaimana pun, lain pula yang terjadi apabila pemilik salon itu menyedari ada sesuatu yang pelik berlaku apabila suami kerap melawat dan membantunya di premis itu.

Rupa-rupanya suaminya itu bermain cinta dengan pekerja mudanya.

Tidak puas hati dengan situasi tersebut, bos wanita itu memasang perangkap untuk mengetahui sama betul atau tidak suami dan remaja perempuan itu ada hubungan.





Satu hari, wanita itu sengaja meninggalkan mereka berdua di salon.

Selepas menunggu beberapa, wanita itu kembali ke salonnya dan ternyata apa yang disangka selama ini benar belaka.

Dia melihat remaja perempuan itu sedang ‘mengurut’ suaminya dalam keadaan bogel.

Bengan dengan keadaan itu, dia terus memukul, malah turut mencukur rambut remaja perempuan itu dengan mesin elektrik.

Insiden itu telah dirakam oleh pejalan kaki yang lalu di hadapan salonnya dan menjadi viral di laman sosial.

Laporan polis juga turut dibuat.





Ketiga-tiga mereka ditahan dan disoal siasat.

Peguam di Saigon memberitahu, memandangkan remaja perempuan itu masih di bawah umur dan ianya diklasifikasikan sebagai kes rogol walaupun dia melakukan perkara tersebut di atas kerelaan sendiri.

Oleh itu, lelaki tersebut didakwa kesalahan merogol dan remaja itu dibebaskan.

Manakala bos salon itu boleh didakwa sebagai penderaan kerana tindakannya memukul remaja bawah umur. – Wordofbuzz



(Visited 465 times, 1 visits today)

Comments

comments