Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Ayuh bangkit di Hanoi – Hamidin

BUKIT JALIL: Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mengingatkan Harimau Malaya supaya tidak mudah dibuai prestasi baik ketika hanya tewas tipis 2-1 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.



Walaupun kecewa gagal memperoleh mata, Hamidin tetap menghamburkan pujian kepada pemain yang sudah mempamerkan belang sebenar sepanjang dua aksi Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

“Kita hampir melakar kejutan sebentar tadi (kelmarin) dan diharap skuad Harimau Malaya menjadikan kekalahan dengan UAE 2-1 ini sebagai pembakar semangat untuk bangkit semula di Hanoi 10 Oktober nanti,” kata Hamidin.

“Seperti yang saya katakan sebelum ini, kita memulakan kempen dengan langkah kanan apabila berjaya menewaskan Indonesia 3-2 di gelanggang lawan pada 5 September lalu maka tidak mustahil untuk kita bangkit semula menentang Vietnam.





“Namun perlu diingat bukan mudah untuk mengekalkan momentum kemenangan, lantaran itu pemain perlu sentiasa mengikut taktikal permainan jurulatih serta paling utama kekal fokus.”

Pada perlawanan berkenaan, Ali Ahmed Mabkhout memastikan UAE pulang dengan tiga mata selepas dua jaringannya berjaya menafikan gol pembukaan minit pertama Malaysia menerusi Syafiq Ahmad.






Pada masa sana, Hamidin juga mengharapkan sokongan daripada penyokong yang dilihat mampu membangkitkan semula pemain selepas kecewa pada aksi pertama di gelanggang sendiri.

“Apapun kombinasi serta persefahaman yang baik telah dipamerkan pemain dan diharap pemain terus bermain dengan semangat juang yang tinggi, demi lencana di dada.

“Diharap penyokong terus memberi sokongan padu kepada pemain negara,” katanya.



(Visited 44 times, 1 visits today)

Comments

comments

,