Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

[VIDEO] Remaja perempuan biadap lepas hajat di dobi

BIADAP. Itulah kelakuan remaja perempuan selepas perbuatannya ‘melepaskan hajat’ di kedai dobi layan diri dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di Bukit Baru, Melaka, Selasa lalu.



Bukan itu sahaja, malah remaja dipercayai berusia belasan tahun turut mengambil baju yang ditinggalkan pelanggan untuk menutup najis yang dibuang di premis milik Mat Nasir Baba, 65, dalam kejadian 1.50 tengah hari itu.

Menceritakan kejadian itu, Mat Nasir berkata, dia mengesan ada sesuatu tidak kena sebaik melihat CCTV menerusi telefon bimbitnya.

“Pada 6 Ogos, saya ke kedai dobi untuk membuat pemeriksaan sebelum melihat tompokan air berdekatan bangku. Saya kemudian memeriksa melalui CCTV dan mendapati ia dilakukan remaja terbabit.





“Lima minit sebelum itu, saya melihat gelagatnya seperti gelisah dan mundar-mandir seperti ada sesuatu tidak kena. Kalau tidak tahan sekali pun, bukan buang di situ,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Mat Nasir berkata, dia hairan motif sebenar perbuatan remaja terbabit sedangkan terdapat dua restoran bersebelahan kedai dobi itu.

“Dia boleh tumpang restoran kalau sudah tidak tahan sangat. Ini tidak, buang dekat premis saya, perangai memang tidak senonoh,” katanya sambil memberitahu kedai dobi itu baru beroperasi Mac lalu.

Rakaman video CCTV berdurasi 1:26 saat itu kemudian dimuat naik dalam Facebook Mat Nasir.

Antara komen netizen ialah: “Apa masalah dia nak kencing dekat situ? Takde effort nak cari tandas dekat kedai makan ke apa ke? Dahle kencing dengan pakai seluar. Dari kau buat cantu, better kau pergi cari tandas kot. Ni mesti spesis bila dekat tandas awam kencing tak pam.

“Malu wei…. Mcm xde tandas agaknya..ko pegi la petronas….magkuk punya budak… Malu wei….apa nak jadi la.

“Baik msuk dlm mesin dobi tu kencing smbil pusing2 dlm tu..awaauuu anak sape niii..mana blja dekkk oii.




Katanya lagi, pemeriksaan lanjut CCTV mendapati sejak tiga hari berturut-turut remaja terbabit berlegar di hadapan premis terbabit.

“Pada hari ketiga, saya terserempak dengan remaja terbabit sekitar 7 pagi dan bertanyakan perkara itu. Pada mulanya dia tidak mengaku tapi apabila saya memberitahu perbuatan itu dirakam CCTV, dia terdiam.

“Mukanya pucat dan ketakutan sebelum beredar dari situ. Orang kurang siuman pun tidak lakukan perbuatan ini,” katanya. – HMetro

(Visited 766 times, 1 visits today)

Comments

comments