Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

[VIDEO] Buang BMW hadiah pemberian bapa

In an act of protest over not getting the vehicle he wanted, the man ditched the car, but later jumped into the river and joined drivers to try and save itSEORANG pemuda tergamak membuang kereta mewah jenis BMW yang dihadiahkan bapanya ke dalam terusan di Yamunanagar India semata-mata berang kerana dia sebenarnya mahukan kereta Jaguar.



Times Of India melaporkan, pemuda itu yang dikenali sebagai Akash, 22, pada mulanya meminta bapanya membeli kereta Jaguar dan apabila dihadiahkan kereta BMW 3 series dia berasa berang dan memandu kenderaan itu ke dalam terusan.

“Akash mendesak bapanya untuk membeli kereta Jaguar tetapi apabila bapanya tidak membeli kenderaan itu dia mencampak kereta BMW berkenaan dengan marah.

“Bapanya menjual kereta Toyota Innova yang diterima daripada keluarga mentuanya supaya dapat menghadiahkan kereta BMW berkenaan,” kata jurucakap polis, Mukesh Kumar.

Kata polis, keluarga Akash mendakwa anaknya mengalami masalah mental dan tiada tindakan diambil terhadap pemuda itu kerana tiada sebarang aduan dibuat.





BMWs cost around 3.5 million rupees (£41,400; $49,000) locally, while Jaguars are more expensive, costing about five million rupees (£58,000, $70,000)Sumber memberitahu, selepas menolak kereta BMW berkenaan ke dalam terusan, Akash merakamkan video dan dihantar kepada keluarganya.

Bagaimanapun, bapa Akash, Sanjeev Kumar menafikan anaknya meminta kereta Jaguar dan mendakwa kenderaan dipandu pemuda itu terbabas ke dalam terusan ketika mengelak rusa yang tiba-tiba melintas jalan.

“Kami memiliki dua kereta, sebuah BMW dan Suzuki Swift. Anak saya tidak pernah meminta kereta Jaguar,” jelasnya.




Kumar dilaporkan miliki kira-kira 10 hektar tanah pertanian dan dia baru menjual sebidang tanahnya beberapa bulan lalu.

Kereta BMW 3 Series itu juga baru dibeli beberapa bulan lalu dan harganya dipercayai mencecah 4.52 juta rupee (RM266,268).

(Visited 313 times, 1 visits today)

Comments

comments