Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Tiga mesin ATM diletupkan, RM300,000 lesap

MUALLIM: Tiga mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sebuah bank di Jalan Haji Mustaffa Raja Kamala, di sini dipercayai diletupkan oleh sekumpulan perompak, pagi ini.

Kejadian dikatakan berlaku sekitar jam 6.30 pagi.



Difahamkan, ketiga-tiga mesin itu diletup menggunakan bahan letupan sebelum wang tunai dianggarkan RM300,000 dilarikan.

Pintu kaca hadapan bank berkenaan turut pecah dan terdapat tiga kesan tompokan darah, dipercayai milik suspek, akibat terkena kaca cermin terbabit.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pihak bank memaklumkan sudah memasukkan RM300,000 ke dalam mesin ATM itu petang semalam.





Menurutnya, siasatan awal polis mendapati tiga mesin ATM rosak dipercayai diletupkan dan kesemua wang di dalamnya dilarikan.

Polis turut menemui cecair bahan kimia di kawasan parkir dipercayai bahan yang digunakan untuk meletupkan mesin ATM itu.

“Jumlah kerugian sebenar belum dipastikan lagi dan polis sedang menunggu unit forensik menjalankan siasatan lanjut di lokasi kejadian,” katanya.




(Visited 217 times, 1 visits today)

Comments

comments