Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Jangan cepat ‘menggelabah’ – Frank Lampard

LONDON 12 Ogos – Frank Lampard membidas Jose Mourinho kerana mengkritik pemilihan kesebelasan utama Chelsea ketika pasukan itu dibelasah 4-0 oleh Manchester United dalam aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris di Old Trafford semalam.



Mourinho yang menjadi pengulas Sky Sports berkata, Lampard sepatutnya memilih pemain berpengalaman yang tahu cara menangani United, bukan menyenaraikan pemain muda seperti Mason Mount dan Tammy Abraham.

Lampard bagaimanapun menegaskan, pemain lebih berpengalaman seperti N’Golo Kante, Olivier Giroud dan Willian belum sedia beraksi.

“Saya tak boleh menarik keluar pemain yang berada dalam bilik perubatan, tidak kira berpengalaman atau tidak.





“Pemain yang beraksi hari ini dan berada di bangku simpanan adalah pemain yang kami ada.

“Kami jelas pasukan yang lebih baik 45 minit pertama malah 60 minit tetapi kesilapan individu menyebabkan gawang dibolosi empat kali daripada lima percubaan lawan. Ini sukar diterima.

“Kami sepatutnya mendahului pada babak pertama, namun tiba-tiba gol kedua dan ketiga muncul.berpunca daripada dua kesilapan sendiri. Ia memudahkan mereka,” katanya.





Chelsea beraksi tanpa beberapa tonggak yang cedera seperti Callum Hudson-Odoi dan Antonio Rudiger manakala Kante hanya dimasukkan sebagai gantian.

“Kami kehilangan pemain utama tetapi itu bukan alasan. Saya juga tidak perlu risau dengan kritikan tetapi ini adalah skuad kami dan kami yakin dengannya,” katanya lagi. – AGENSI

(Visited 184 times, 1 visits today)

Comments

comments