Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Dapatkan lesen AFC sebelum 31 Ogos – FAM

KUALA LUMPUR: Semua pasukan Liga Malaysia (Liga M) diminta tidak menunggu sehingga minit akhir dalam melengkapkan proses dokumentasi permohonan lesen kebangsaan dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) bagi musim 2020.


Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam berkata pasukan Liga Super mahupun Liga Perdana perlu mengemukakan segala dokumen yang diperlukan dalam pelesenan kelab sekurang-kurangnya seminggu lebih awal daripada tarikh tutup pada 31 Ogos ini.

Katanya, ini kerana semakan awal yang akan dilakukan ke atas semua dokumen yang dikemukakan dapat membantu pasukan daripada berdepan masalah yang dikhuatiri mampu menjejaskan peluang mendapatkan lesen bagi bertanding musim hadapan.

“Tarikh tutup sememangnya pada hujung bulan namun jika semua dokumen dapat dihantar lebih awal, ini memberi peluang kepada unit pelesenan FAM membuat semakan menyeluruh terhadap semua dokumen yang dikemukakan bagi permohonan lesen kelab.

“Beberapa kriteria perlu dipenuhi untuk mendapatkan lesen kelab membabitkan enam kriteria utama iaitu kesukanan, infrastruktur, pentadbiran kakita ngan, perun dangan, kewangan dan perniagaan.





“Jadi, kalau ada kesilapan di mana-mana ataupun ada dokumen yang tidak lengkap, kita masih ada masa untuk memaklumkan kepada semua pasukan bagi membuat pembetulan. Ini dapat mengelak daripada sebarang masalah berlaku selepas permohonan ditutup.

“Kita juga bekerjasama dengan setiap pengurusan khususnya pengurusan yang baharu bertukar mengenai proses yang perlu dilakukan. Kita mahukan proses pelesenan kelab ini berjalan dengan lancar,” katanya.

Sebagai rekod, sebelas daripada 12 pasukan yang bertanding pada Liga Super tahun lalu lulus dalam permohonan mendapatkan lesen kebangsaan bagi membolehkan mereka beraksi dalam saingan Liga Super musim ini.





Kedah, Selangor, Johor Darul Ta’zim (JDT), Negeri Sembilan, Perak, Terengganu, Melaka United dan PKNS FC lulus dalam mendapatkan lesen kebangsaan manakala Kuala Lumpur, Pahang dan PKNP FC juga berjaya mendapatkan lesen kebangsaan tetapi dengan bersyarat.

Selain itu, Kedah, Selangor, JDT, Negeri Sembilan, Perak, Terengganu, Melaka United dan PKNS turut lulus dalam permohonan mendapatkan lesen AFC bagi membolehkan mereka beraksi pada pertandingan peringkat Asia.

Satu lagi pasukan Liga Super 2018 iaitu Kelantan gagal mendapatkan lesen kebangsaan dan AFC kerana tidak menepati kriteria yang ditetapkan.

(Visited 1,731 times, 1 visits today)

Comments

comments

,