Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Cheng Hoe gugurkan Hazwan, Faiz dan Jafri

Pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe membuat keputusan mengetepikan Ahmad Hazwan Bakri, Faiz Nasir dan Jafri Firdaus Chew daripada senarai akhir 24 pemain untuk aksi sulung kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Indonesia di Jakarta pada 5 September depan.

Keputusan itu dibuat Cheng Hoe selepas membuat penilaian terakhir pada perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Jordan pada Jumaat.



Perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil yang dimenangi Jordan 1-0 itu menyaksikan Hazwan Bakri masuk sebagai pemain gantian di separuh masa kedua manakala Faiz Nasir dan Jafri Firdaus tidak diturunkan.

“Hazwan Bakri kita tahu dia seorang penyerang yang berkaliber tetapi kurang beraksi dan sebab itulah dia tidak dapat mengekalkan prestasi dan tempo perlawanan antarabangsa. Kita akan beri dia peluang pada masa akan datang dan memantau prestasinya dalam saingan Piala Malaysia nanti.

“Faiz Nasir pula disebabkan dia mengalami demam dan badannya agak lemah sedikit. Jadi kita terpaksa tinggalkan dia untuk ke Jakarta sementara Jafri, kita panggil dia untuk memberi peluang kepadanya bersaing di bahagian serangan. Tapi saya rasa dia perlu bekerja lebih keras lagi bagi mendapatkan tempat dalam pasukan kebangsaan.





“Ketiga-tiga pemain ini akan terus dipantau kerana kemungkinan besar selepas pulang dari Jakarta nanti, mereka akan dipanggil semula untuk menggantikan mana-mana pemain, jika terdapat kecederaan bagi menghadapi perlawanan kedua bertemu UAE di Bukit Jalil pada 10 September,” ujar Cheng Hoe.

Cheng Hoe turut menjelaskan bahawa dia membuat keputusan untuk membawa 24 pemain ke Jakarta sebagai langkah berjaga-jaga kerana pemain sayap naturalisasi, Mohamadou Sumareh masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan.

“Cuma pada hari perlawanan nanti, hanya 23 pemain akan disenaraikan dan seorang pemain terpaksa diketepikan,” katanya.




Berikut senarai penuh pemain.

Image



(Visited 261 times, 1 visits today)

Comments

comments

,