Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Bungkusan kargo tertera ancaman bom, Pengirim akui kesilapan

Image result for wood

KUCHING: “Kita tulis itu (Jangan campak, ada bom di dalam) biar dia (barang) tidak pecah sebab apabila masuk sini (Sarawak) barang sudah pecah.”

Itu ulasan Fahri Amaruddin, pengirim barangan yang diletupkan polis di Lapangan Terbang Miri gara-gara tertera ayat “Jangan campak, ada bom di dalam”.



Fahri berkata, tindakannya itu satu kesilapan apabila menulis perkataan bom di atas kotak itu.

Ujarnya, dia selalu menghantar alat gantian motosikal di Sabah dan Sarawak memandangkan mendapat permintaan tinggi dari pembeli di kedua-dua negeri itu.

Bagaimanapun, dia mengalami kesukaran apabila terpaksa membayar ganti rugi apabila alat gantian yang dihantar pecah walaupun sudah ditulis ‘barang mudah pecah’.

Katanya, kejadian pertama kali itu akan menjadi pengajaran buatnya di masa depan.

Ditanya sama ada pihak polis ada menghubunginya, Fahri mengakui menerima panggilan daripada pihak polis.





“Semalam pegawai pun ada call saya, beliau beritahu akan siasatan dahulu,” katanya.

Terdahulu Kotak yang pada mulanya dipercayai mengandungi bom, telah diletupkan oleh polis di kargo Lapangan Terbang Miri malam khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Lim Meng Seah berkata kotak itu diletupkan demi keselamatan kerana tulisan di luar kotak itu tertera perkataan “Jangan Campak!! Ada bom di dalam!!”.

Lim berkata polis dimaklumkan mengenai ancaman bom itu selepas menerima maklumat daripada anggota polis bantuan Lapangan Terbang Miri pada 9.20 malam.

“Siasatan mendapati kotak tersebut tiba di Lapangan Terbang Miri dari Kuala Lumpur pada 7.23 malam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini sambil memyatakan Unit Bom, Cawangan Persenjataan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Miri telah dikerah ke lokasi kejadian.

Katanya setelah pemeriksaan lanjut dilakukan, kandungan di dalam kotak tersebut hanya alat gantian motosikal sahaja.

Beliau memberi amaran kepada orang awam supaya jangan menulis perkataan berunsur ugutan semasa menghantar bungkusan kerana ia satu kesalahan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan serta mahu syarikat penerbangan meningkatkan tahap keselamatan dengan memeriksa bungkusan yang dihantar terutama tulisan di luar bungkusan.




(Visited 98 times, 1 visits today)

Comments

comments