Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

5 sekeluarga maut tersepit

LIMA sekeluarga adalah antara enam yang maut dalam kemalangan di Lebuh Alor Gajah- Melaka Tengah- Jasin (AMJ) Jelatang di Alor Gajah, malam tadi.

Mereka itu dipercayai menaiki sebuah pacuan empat roda sebelum terbabit dalam kejadian pada 9.40 malam dan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas tersepit dalam kenderaan.



Image may contain: one or more people and motorcycleDalam kemalangan 9.30 malam itu, Alia Azahar, 17, Alissa Azahar, 15, Azahar Ahmad, 57, Halimahtun Aris Padzil, 24, Habibah Ahmad, 62 menaiki Isuzu D-Max dan pemandu Triton Wang Chow Kuang, 51 maut ditempat kejadian.

Lima beranak berkenaan dalam perjalanan dari Yong Peng, Johor ke Brisu, Alor Gajah bagi menyambut Aidiladha pada Ahad ini.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan A Asmadi Abdul Aziz berkata, kemalangan itu membabitkan dua buah pacuan empat roda masing- masing Mitsubishi Triton dan Isuzu D-Max serta sebuah treler tanpa muatan.

Menurutnya, lima sekeluarga berkenaan menaiki Isuzu D-MAX, manakala Mitsubishi Triton dipandu seorang lelaki dan bersama anak perempuannya.

“Sebelum kejadian, treler dan Isuzu D-Max itu dalam perjalanan dari arah Melaka menghala ke Simpang Ampat, manakala Mitsubishi Triton pula dari arah bertentangan.




Image may contain: 4 people, people smiling, outdoor




No photo description available.“Kemalangan dipercayai berlaku apabila Mitsubishi Triton terbabas dan masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan pacuan empat roda lima sekeluarga itu,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Menurutnya, mangsa yang tersepit dibawa keluar dengan bantuan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan kesemuanya dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka bagi proses bedah siasat.

Katanya, pemandu Mitsubishi Triton meninggal dunia dan anaknya yang parah turut dihantar ke hospital sama untuk rawatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 selain identiti mangsa masih belum dikenal pasti,” katanya.

(Visited 292 times, 1 visits today)

Comments

comments