Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Pemuda dipenjara sehari kerana curi musang king

Related imageSHAH ALAM – Seorang pekerja bazar malam (uptown) terpaksa meringkuk di penjara selama sehari selepas mengaku bersalah mencuri durian musang king di sebuah pasar raya di sini, awal bulan lalu.


Majistret, Rini Triany Muhamad Ali menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Luqman Hakim Yusof, hari ini dan memerintah lelaki itu membayar denda RM1,000.

Berdasarkan pertuduhan, Luqman Hakim, 24, mengaku bersalah mencuri lima paket durian musang king kepunyaan Pasaraya Aeon bernilai RM400.

Kesalahan itu dilakukannya di premis pasar raya itu di Seksyen 13, Shah Alam pada jam 6 petang, 1 Jun lalu.





Pendakwaaan dikemukakan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Khairul Aisamuddin Abdul Rahman memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat dan berbentuk pengajaran kepada tertuduh.

Luqman Hakim yang diwakili peguam, Salahuddin Salam memohon hukuman ringan atas alasan anak guamnya telah menyesal terhadap perbuatan tersebut.

“Tertuduh sebelum ini telah direman selama tiga hari,” katanya.




Comments

comments