Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Warga Nigeria kaut untung lebih RM238 juta perdaya wanita tempatan

NigeriaKUALA LUMPUR – Hanya berbekalkan ayat manis dan pandai memujuk di alam maya membuatkan warga Nigeria mampu mengaut keuntungan lebih RM238 juta dengan memperdayakan wanita di negara ini sejak tahun 2017 hingga awal Mei lalu.




Selain pembongkaran itu, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman turut mendedahkan wanita yang berada dalam keadaan terdesak untuk mencari pasangan merupakan mangsa utama sindiket tersebut yang dikenali dengan gelaran Love Scam.




Pemangku Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata, walaupun pelbagai kempen dilakukan untuk mengekang penipuan melibatkan warga asing khususnya Nigeria, namun masih ada yang terpedaya de­ngan sindiket berkenaan.

Bahkan, jumlah kerugian yang ditanggung mencecah jutaan ringgit setiap tahun.



(Visited 6 times, 1 visits today)

Comments

comments