Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Polis siasat aksi ‘tentera’ terlampau

POLIS menjalankan siasatan lanjut berhubung satu video memaparkan seorang lelaki beraksi lucah dengan memakai seragam tentera.

Video berdurasi lebih empat minit itu dikesan dihantar dalam kumpulan WhatsApp pesara tentera jam 11 malam, semalam.




Seorang ahli dalam kumpulan WhatsApp itu yang juga pesara tentera berusia 52 tahun kemudian membuat laporan polis berhubung rakaman video berkenaan.

Difahamkan, rakaman video itu menunjukkan seorang lelaki dengan seragam tentera menanggalkan pakaiannya sambil melakukan aksi lucah melampau.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada 11 pagi, hari ini.





“Laporan polis itu dibuat seorang pesara tentera dan setakat ini kita masih mengesan lokasi suspek merakam video berkenaan.

“Kita sudah mengambil salinan video berkenaan dan siasatan akan dilakukan secara terperinci sebelum kes diklasifikasikan mengikut seksyen sepatutnya,” katanya. – HMetro



(Visited 12 times, 1 visits today)

Comments

comments