Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Pemain muda Wales sertai Manchester United

Image result for Daniel JamesLONDON: Manchester United menandatangani Daniel James dari Swansea, umum kedua-dua kelab berkenaan hari ini dengan pemain sayap Wales berusia 21 tahun itu menjadi pemain pertama ditandatangani pengurus Ole Gunnar Solskjaer di Old Trafford.

James menandatangani kontrak lima tahun dengan pilihan untuk sambungan kontrak lebih lama.




Laporan mengatakan yuran membitkan nilai kira-kira £15 juta pound (RM79.42 juta).

James, pemain kelahiran akademi Swansea, menjaringkan lima gol dalam 38 penampilan pada kempen 2018-19 yang menakjubkan bersama kelab Liga Kejuaraan itu.





Solskjaer memberitahu laman sesawang United: “Daniel ialah pemain sayap muda dengan kemahiran tinggi, visi, kepantasan hebat dan sentiasa bekerja keras. Dia melalui musim hebat bersama Swansea City dan memiliki semua diperlukan untuk menjadi pemain Manchester United.

“Kami gembira dia menyertai kelab kami dan kami tidak sabar untuk bekerjasama dengannya. Ini adalah keadaan yang sempurna buat Daniel untuk terus membangunkan bakatnya.” – AFP



(Visited 1 times, 1 visits today)

Comments

comments