Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Miami Beach Malaysia mula jadi tumpuan

Image result for Pantai Seberang TakirKUALA NERUS: Pantai Sebarang Takir yang dikenali ramai sebagai Miami Beach, menjadi tumpuan orang ramai untuk beriadah bersama keluarga dan rakan biarpun prasarana kawasan itu belum siap sepenuhnya.

Keindahan semula jadi kawasan itu bukan sahaja menarik kedatangan penduduk sekitar, malah pengunjung luar.




Pembinaan laluan pejalan kaki dan basikal di bahu jalan sepanjang pantai juga memudahkan orang ramai beriadah.

Tinjauan mendapati orang ramai tidak melepaskan peluang merakamkan gambar di pantai itu dengan berlatarbelakangkan ‘drawbridge’ sekali gus menjadikan suasana seolah-olah berada di luar negara.

Rata-rata pengunjung dilihat meluangkan masa sekurang-kurangnya 20 minit di kawasan berkenaan untuk mengambil gambar dan menikmati pemandangan indah.





Sebelum ini, Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata kerajaan negeri akan menambah baik laluan di sepanjang Jalan Ketapang Pantai Baru bagi memberi keselesaan kepada pengunjung.

Katanya, laluan yang menghala ke jambatan angkat itu adalah pusat rekreasi baharu mirip Pantai Miami di Florida yang mendapat perhatian pengunjung tempatan dan luar.

Beliau berkata, sejak laluan itu dibuka serentak dengan jambatan angkat untuk tempoh percubaan, kerajaan negeri dapati ada beberapa perkara yang perlu ditambah baik termasuk kawasan wakaf dan lampu isyarat.

Jambatan angkat sepanjang 638 meter akan dibuka sepenuhnya kepada orang ramai pada Ogos selepas menjalani proses percubaan sempena Aidilfitri, awal bulan ini.

Jambatan angkat adalah hubungan keempat Kuala Terengganu dan Kuala Nerus selepas Jambatan Sultan Mahmud, Jambatan Pulau Rusa dan Jambatan Pulau Sekati.



Comments

comments