Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Lelaki menyamar putera Arab Saudi, hidup mewah selama tiga dekad

Image result for Anthony Gignac, 48MIAMI – Seorang lelaki Florida yang menyamar seperti kerabat diraja Arab Saudi sejak tiga dekad lalu dan menipu orang ramai sebanyak AS$8 juta (RM33 juta) dihukum penjara 18 tahun kerana penipuan, lapor pihak berkuasa kelmarin.




Anthony Gignac, 48, mengumpul kekayaan menerusi penipuan diraja membabitkan surat tauliah diplomatik palsu dan diiringi satu kumpulan pengawal peribadi.

Dia dilaporkan menyamar sebagai Putera Khalid Bin Al-Saud dan tinggal dalam kondominium di Pulau Fisher, Miami serta memandu kereta Ferrari dengan menggunakan nombor plat diplomatik palsu.

Tertuduh yang diiringi pengawal peribadi membawa bersama kertas dokumentasi palsu dan menggesa agar dilayan mengikut protokal diraja.

Berpuluh-puluh individu mendepositkan wang ke dalam akaunnya dengan harapan Gignac akan membuat pelaburan. Bagaimanapun, dia menggunakan wang tersebut untuk membeli pakaian berjenama, kapal layar dan menaiki jet peribadi.





Gignac berpindah ke Miami pada tahun 2017. Dia dilahirkan di Colombia dan diambil sebagai anak angkat oleh sebuah keluarga di negeri Michi­gan semasa berumur tujuh tahun. Dia terlibat dalam jenayah penipuan sejak berumur 17 tahun.

“Sepanjang tempoh tiga dekad lalu, Gignac menggambarkan diri­nya sebagai Putera Arab Saudi untuk memanipulasi, menjadikan mangsa dan penipuan jumlah pelabur tanpa had dari daripada seluruh dunia,” Pendakwa Raya Amerika Syarikat (AS), Ariana Fajardo Orshan dalam satu kenyataan.

“Sebagai pemimpin sofistikated, kepelbagaian individu, skim penipuan antarabangsa, Gignac menggunakan watak rekaan palsu untuk menjual harapan palsu.

“Berpuluh-puluh pelabur hilang pelaburan lebih AS$8 juta,” katanya.

Hakim Cecilia Altonaga menjatuhkan hukuman itu berkata, jenayah kehidupan mewah Gignac ‘sesuatu yang luar biasa.’ – AFP



(Visited 9 times, 1 visits today)

Comments

comments