Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Lelaki dihukum mati bunuh 5 anak, Bekas isteri mohon beri peluang kedua

Related imageWASHINGTON: Seorang wanita mengejutkan mahkamah di South Carolina, Amerika Syarikat semalam apabila memohon juri memberi peluang kedua kepada bekas suaminya yang dijatuhkan hukuman mati kerana membunuh lima anak mereka pada 2014.

AFP melaporkan, wanita terbabit, Amber Kyzer memberi alasan bahawa semua anak mereka itu menyayangi bekas suami, Timothy Jones, 37.




Sebelum itu, mahkamah menjatuhkan hukuman itu terhadap Jones selepas dia disabitkan dengan kesalahan membunuh anaknya yang berusia setahun hingga 8 tahun.

“Dia langsung tidak menunjukkan belas kasihan terhadap anak kami namun mereka amat menyayanginya. Saya bercakap untuk pihak anak dan bukan diri sendiri. Itu yang perlu saya katakan,” katanya yang dipetik laporan media.

Wanita itu berkata dia memberi hak penjagaan kepada bekas suami kerana lelaki terbabit menerima gaji lebih besar kerana bekerja sebagai jurutera komputer.





Pendakwa Raya, Rick Hubbard memohon mahkamah menjatuhkan hukuman mati sambil menyifatkan Jones sebagai ‘makhluk ganas’ dan juri mengambil masa kurang dua jam untuk membuat keputusan.

Timothy Jones didapati bersalah pada 2014 kerana membunuh kesemua anaknya dan memandu bersama mayat anaknya selama 9 hari sebelum membuang mereka ke tempat pembuangan sampah.

Dia membunuh kesemua anaknya yang berumur 1 tahun hingga 8 tahun dengan menjerut dan mencekik sehingga anaknya mati lemas.




(Visited 13 times, 1 visits today)

Comments

comments