Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Harimau malaya mahu menang lagi

Image may contain: 1 personKUALA LUMPUR: Tidak kira apa juga taktikal yang bakal diterapkan Timor Leste, pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe tetap yakin anak buahnya mampu mengulangi keputusan positif ke atas lawan sama dalam aksi kedua playoff Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Cheng Hoe percaya, jika Timor Leste memilih untuk bertahan, pemainnya masih mampu menembusi benteng lawan dengan syarat anak buahnya memberi tumpuan 100 peratus.




“Bagi saya, pemain perlu fokus kepada perlawanan dan bermain ikut cara kita. Timor Leste ada taktik sendiri dan itu perlu dihormati.

“Namun, saya yakin kita ada pemain yang mampu menembusi benteng mereka dan boleh mencipta peluang gol. Yang penting, setiap kali dapat peluang, kita kena manfaatkan.

“Kita juga tidak boleh kehilangan bola terutama yang menyebabkan benteng kita berada dalam keadaan bahaya,” katanya pada sidang media praperlawanan itu, semalam.

Cheng Hoe berkata, sebagai jurulatih, beliau mahu pemainnya mengekalkan corak permainan, semangat dan fokus seperti yang ditunjukkan pada perlawanan pertama.





“Saya juga berharap rehat tiga hari sebelum perlawanan ini memberikan peluang kepada pemain untuk pulih dan cergas sepenuhnya. Sekali lagi kita perlu turun esok (hari ini) dengan penuh keyakinan dan tumpuan. Saya yakin pemain juga memahami perkara ini,” katanya.

Sementara itu, beliau menegaskan, kemenangan pada perlawanan kedua amat penting untuk pasukan negara berada di kedudukan baik menjelang sesi undian bersama 40 pasukan lain di dalam Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) nanti.

“Seperti yang selalu saya tekankan, perlawanan menentang Timor Leste ini cukup penting untuk pasukan negara. Menang bukan saja penting untuk ranking, malah dapat menaikkan semangat pasukan untuk pusingan akan datang,” katanya.

Beliau akan tetap menurunkan barisan terbaiknya walaupun memiliki kelebihan besar selepas menang 7-1 pada perlawanan pertama minggu lalu.

“Saya yakin semua pemain teruja untuk menyarung jersi negara, tapi saya perlu beri peluang kepada semua bermain dan pilih kesebelasan terbaik,” katanya.



(Visited 2 times, 1 visits today)

Comments

comments

,