Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Ajal 3 beranak maut dipanah petir

TIGA beranak maut dipanah petir dalam kejadian di sebuah kandang kambing di FELDA Palong Enam di Jempol, semalam.

Kejadian 4 petang itu menyebabkan suami isteri, S Elangovan, 38 dan P Kaliammah, 36, dan anak lelaki mereka, E Vinesh, 3, maut di tempat kejadian




Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Muhd Nur Hishamuddin Hashim, berkata seorang lagi mangsa kanak-kanak berusia sembilan tahun dipercayai anak pasangan itu, hanya cedera pada kaki.

“Kami menerima laporan mengenai kejadian itu pada 11.50 malam tadi dan bergegas ke lokasi.

“Kami mendapati terdapat tiga mayat mangsa dan ada dalam keadaan terduduk serta terbaring,” katanya.

Muhd Nur Hishamuddin berkata, difahamkan sebelum itu ibu dan nenek mangsa meminta bantuan jiran bagi mencari anak dan cucunya yang sebelum itu ke kandang pada 5 petang.





Katanya, jiran yang ke lokasi kejadian pada mulanya mendengar tangisan kanak-kanak yang cedera sebelum menemui tiga mangsa lain.

“Ketika kejadian keadaan di percayai hujan lebat dan petir sepanjang masa.

“Pemeriksaan di kandang itu mendapati tujuh kambing dan dua anjing turut mati dengan kesan terbakar pada bulu haiwan itu,” katanya.

Katanya, hasil bedah siasat terhadap mangsa pada 9 pagi hari ini mendapati mangsa mengalami kejutan elektrik akibat petir dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.



(Visited 7 times, 1 visits today)

Comments

comments