Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Waris mengaku mula berpuasa penuh sejak tahun lalu

Waris tidak kisah dikecam gara-gara sebelum ini tidak pernah puasa penuh. Foto: FAIHAN GHANI.

SIKAP tidak peduli menjadikan penyanyi Waris dengan sengaja enggan berpuasa penuh di bulan Ramadan bagi menunaikan rukun Islam ketiga itu.




Akui Waris atau nama sebenarnya Muzammil Alias, 30, tiada siapa dapat mengubah sikap itu hinggakan isterinya sendiri, Izzati Amirah Kamaruddin turut kecewa dengan perkara berkenaan.

Bagaimanapun terang Waris, bermula Ramadan tahun lalu mula timbul kesedaran untuk dia belajar berpuasa penuh selama sebulan.

“Sejujurnya saya pertama kali dapat puasa penuh pada tahun lalu. Isteri sebelum ini sampai dah rasa menyampah dengan saya.


Waris mendapat dorongan isteri untuk puasa penuh tahun lalu.

“Anak dah dua tapi masih buat perangai macam dulu lagi. Namun Alhamdullilah… tahun lalu saya dapat dorongan daripada isteri dan berjaya puasa penuh untuk pertama kali.

“Sebelum ini memang tak pernah puasa penuh. Tak kisah orang nak kecam sebab ini adalah diri saya, jadi nak buat macam mana,” katanya kepada mStar.





Waris dan Izzati Amirah berkahwin pada 1 Ogos 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mudassir, 3, dan Tihani Izz Nina yang kini berusia sembilan bulan.

Cerita Waris, dia mula tidak berpuasa ketika berniaga menjual Air Conteng di bazar Ramadan beberapa tahun lalu.

“Waktu tu saya berniaga jual air dan kadang-kadang terpaksa buka kedai seawal pukul 4 petang dalam keadaan panas. Saya pula buat kerja seorang diri sebab waktu tu tak ada pekerja lagi.

Waris mahu fokus beribadah dan keluarga sepanjang bulan Ramadan tahun ini.

“Lepas tu, boleh pula saya tergoda tengok air. Tambahan pun apabila lihat peniaga gerai sebelah kanan dan kiri pun minum air menyebabkan saya pun tak puasa,” ujarnya.

Dalam pada itu, penyanyi yang terkenal menerusi lagu Rembau Most Wanted ini memberitahu dia mahu lebih fokus kepada keluarga dan menunaikan ibadah sepanjang bulan Ramadan.

“Tahun ini saya tak buka gerai jual air sebab nak fokus untuk beribadah dan keluarga. Tapak yanga saya dapat daripada Majlis Perbandaran Seremban tu saya sewakan kepada orang lain.

“Selain itu juga, saya nak ambil peluang untuk keluar dengan kawan-kawan yang dah lama tak luangkan masa bersama,” katanya. – mStar



(Visited 12 times, 1 visits today)

Comments

comments