Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Wang hantaran lain, bantuan Yazit lain – Nasir Search

Image result for nasir yazitPEMAIN bass kumpulan Search, Nasir Daud, 60, meluahkan rasa kecewa dengan kecaman warganet terhadap tindakannya memberikan wang hantaran RM50,000 kepada isterinya, Noraziah Saadon, 48, berbanding keprihatinan terhadap nasib pemain dram mereka, Yazit Ahmad, 57.

“Perkahwinan adalah perkara peribadi dan sesuatu yang berkaitan dengan tuntutan agama. Ia tidak boleh diambil sambil lewa.

“Saya bukan nak bermegah dengan wang hantaran, tetapi apabila bernikah dan ditanya perkara sebegini, kenalah dedahkan.



“Lagipun bukan saya yang umumkan perkara ini, tetapi kenyataan ini datang daripada Jabatan Agama Islam Johor. Kalau saya tidak cakap pun orang lain yang akan cakap,” katanya kepada Harian Metro.

Nasir berkata, tindakan yang dilakukannya tidak perlu dikaitkan dengan isu Yazit kerana banyak cerita belakang tabir mengenai kebajikan dilakukan oleh anggota Search kepada Yazit, tidak diketahui ramai.

“Apa yang saya dan kawan lain buat sebelum ini, mendapatkan wang untuk Yazit tidak pernah didedahkan kepada umum.

“Contohnya, saya berusaha mendapatkan tuntutan royalti untuk anggota Search. Saya buat seorang diri dan lebih suka ‘low profile’, tahu-tahu duit dah sampai ke tangan semua anggota.

“Orang tidak tahu saya buat benda ini untuk Yazit. Kami buat tuntutan royalti, dia akan dapat juga. Kami tidak menafikan haknya,” katanya.

Menurutnya, biarpun bukan dia yang menyampaikan sumbangan itu secara terus, Yazit tetap merasa hasil yang diusahakan olehnya.

“Dia pasti akan dapat. Saya tidak berhenti untuk mengusahakan segala hak dan tuntutan atas nama Search. Kami dapat dan Yazit pun akan merasa.

“Mungkin ada sebab yang menjadikan isu ini tidak dihentikan. Ada beberapa pihak di luar sana yang menggunakan nama Yazit untuk buat kutipan dan persembahan amal.





Image result for nasir search berkahwin“Jadi nampak macam kehidupan Yazit teruk dan amat memerlukan wang sedangkan Search sebenarnya ada cara tersendiri untuk bantu dia,” katanya.

Nasir menjelaskan, dia berasa hairan apabila beberapa pihak membuat kutipan amal tanpa henti selama bertahun-tahun untuk membantu Yazit, namun masalah itu tetap belum selesai.

“Bukan saya sengaja nak cakap, artis lain pun sakit juga tetapi mereka tidaklah bising sangat dan lebih suka diam.

“Mungkin kerana Yazit anggota Search, jadi kelihatan projek kutipan amal yang dibuat untuknya lebih menonjol daripada yang lain. Apa yang berkaitan Search pasti jadi perhatian.

“Jadi implikasi yang timbul daripada semua ini, orang akan fikir orang lain sibuk membantu sedangkan anggota Search seperti mereka tidak ambil peduli,” katanya.

Kumpulan Search sebelum ini sudah banyak membantu Yazit sejak peringkat awal dia disahkan menghidap sakit buah pinggang antaranya tetap memberikan bahagian untuk Yazit meskipun menggunakan pemain dram undangan untuk persembahan mereka.

“Saya pun sudah beberapa kali hantar duit ke hospital ketika dia sakit. Dia tidak tahu perkara ini dan keluarkan kenyataan bukan-bukan.

“Saya tidak tahu nak terangkan dan akhirnya ambil keputusan berdiam diri. Kalau bercakap lebih, perkara akan jadi lebih besar. Ada yang pertahankan dia dan ada juga yang pertahankan saya.

“Kami buat bersaksikan Tuhan dan tidak perlulah pihak lain nak memanipulasi perkara ini. Cukuplah kami tahu apa yang kami buat,” katanya. – HMetro



(Visited 11 times, 1 visits today)

Comments

comments