Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

[Video] Suri rumah cedera diseret 5 meter

TUMPAT: Seorang suri rumah cedera di bahagian kepala, kaki dan badan akibat diseret sejauh lima meter selepas nyaris diragut dalam kejadian berhampiran Pejabat Pos Wakaf Bharu, di sini, pagi tadi.

Kejadian jam 10.40 pagi itu membabitkan mangsa berusia 57 tahun yang berasal dari Taman Tanjong Chat, dekat Kota Bharu, yang didekati sebuah kenderaan jenis Proton Waja.




Image result for Suri rumah cedera diseret 5 meterKetua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Ab Rashid Mat Daud, berkata mangsa baru selesai membeli belah di pasar Wakaf Bharu dan berjalan kaki bersama suaminya apabila tiba-tiba dihampiri sebuah kereta dari arah hadapan.

“Seorang lelaki yang juga penumpang hadapan kenderaan itu memakai penutup muka dan topi, tiba-tiba mengeluarkan separuh badannya dari tingkap.

“Suspek dalam anggaran usia 20-an bertindak menarik beg tangan yang dipegang mangsa, namun tidak terlepas menyebabkan mangsa terseret bersama kenderaan yang sedang bergerak itu kira-kira lima meter,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ab Rashid berkata mangsa terus menjerit meminta tolong dan orang ramai yang berada di sekitar terus membantu suami isteri terbabit.





Menurutnya, apabila melihat orang ramai mendekati lokasi, dua suspek termasuk pemandu kereta terus meninggalkan tempat kejadian tanpa sempat melarikan beg tangan yang mahu diragut.

“Kita sedang mengesan suspek menerusi kamera litar tertutup yang dipasang di beberapa premis, yang merakam kejadian itu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan atas kesalahan cubaan merompak,” katanya.



(Visited 6 times, 1 visits today)

Comments

comments