Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

UEFA perkenal peraturan baru Liga Juara Juara Eropah

LONDON 21 Mei – Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) memperkenalkan beberapa peraturan baharu Liga Juara Juara Eropah dalam usaha untuk merancakkan saingan dan mengurangkan kontroversi ketika dalam padang.

Antara yang menarik perhatian adalah berkaitan jumlah pemain yang dibenarkan di bangku simpanan, peraturan sepakan percuma dan peraturan bola terkena tangan.




Jika sebelum ini, hanya tujuh pemain simpanan sahaja boleh diletakkan di tepi padang, kini UEFA menambah jumlah bilangannya kepada 12 orang dan ia akan dilaksanakan buat kali pertama pada final antara Liverpool dan Tottenham Hotspurs pada 2 Jun ini.

Berkaitan sepakan percuma, peraturan baharu menetapkan pemain lawan tidak dibenarkan menganggu atau berada di benteng yang dibina ketika sepakan percuma dilakukan manakala jarak bola dan benteng adalah sekurang-kurangnya satu meter.

Perubahan yang boleh dianggap paling menarik adalah peraturan baharu berkaitan bola terkena tangan di mana penyerang yang menggunakan tangan atau lengan untuk menjaringkan gol atau membantu pemain lain menjaringkan gol walaupun secara tidak sengaja, ia akan menjadi satu kesalahan dan gol tersebut akan dibatalkan.

Malah mana-mana insiden lengan yang diangkat melebihi bahu dianggap terkena tangan kecuali menanduk atau menendangnya terlebih dahulu.





Berkaitan penalti, penjaga gol boleh berada sebelah kaki sahaja di atas garisan gol ketika sepakan diambil. Penjaga gol juga tidak dibenarkan menyentuh tiang, palang atau jaring sebelum sepakan penalti diambil.

Pada situasi pemain gantian mahu dibawa masuk, pemain yang akan diganti boleh keluar di tempat paling hampir dia berada tanpa perlu berjalan ke kawasan tengah berhampiran kawasan pemain simpanan. Ini bertujuan bagi mengelak buang masa.

Jurulatih atau pengurus pula kini boleh dilayangkan kad kuning atau merah jika dikesan salah laku di tepi padang. – Agensi



 

(Visited 5 times, 1 visits today)

Comments

comments