Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Perak harap Ronaldo ulangi sentuhan

Image result for Ronaldo Henrique Silva perakPerak berharap Ronaldo Henrique Silva mampu melakukan sentuhan pemusnah apabila bertemu semula PKNP FC di Stadium Perak, malam ini.

Ketua jurulatih, Mehmet Durakovic, berharap Ronaldo akan mengulangi persembahan bertenaga seperti ketika menyumbang dua gol empat hari lalu.




“Saya berharap dia boleh melakukannya lagi malam ini.

“Kami mahu mata penuh bagi mengukuhkan kedudukan,” kata Durakovic.

Jurulatih itu berkata dia tidak berkesempatan membuat persiapan rapi bagi menghadapi perlawanan itu berikutan jadual yang terlalu rapat.





“Kami hanya membuat latihan ringan. Jadi, saya tidak tahu siapa yang boleh beraksi atau tidak sehinggalah kami bertemu malam ini.

“Masa itu barulah saya boleh tentukan kesebelasan permulaan kami,” ujarnya.

Apapun, Durakovic yakin seperti empat hari lalu, perlawanan malam ini juga pasti sengit dan hebat kerana PKNP FC juga mahukan mata penuh.

“Pemain Perak diingatkan supaya bersedia mengharungi detik-detik sukar seperti pertemuan empat hari lalu,” katanya.



(Visited 4 times, 1 visits today)

Comments

comments

,