Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Kelab bermain di Liga Juara Eropah berminat dapatkan Akhyar Rashid

Image result for Akhyar RashidPemain berbakat kebangsaan, Akhyar Rashid dikatakan menarik minat daripada sebuah kelab berpengkalan di eropah iaitu BATE Borisov yang bersaing dalam kancah Liga Perdana Belarus dan Liga Europa.



Perkara tersebut dinyatakan oleh Football Agent – Malaysia menerusi laman facebook mereka, awal pagi tadi. Mereka mengatakan, pihaknya akan menghubungi kedua-dua pihak iaitu Akhyar Rashid dan majikannya Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk berbincang mengenai perkara ini dengan lebih lanjut.

Bagaimanapun, seperti yang kita ketahui, Akhyar Rashid baru sahaja menandatangani kontrak bersama juara Liga Super Malaysia lima kali berturut-turut, JDT selama empat tahun pada penghujung tahun lalu. Selain itu, pemain kelahiran Kedah itu juga telah diletakkan tanda harga RM12 juta bagi mana-mana pasukan yang ingin mendapatkannya.





Jika terpilih mewakili pasukan tersebut, Akhyar Rashid berkemungkinan menjadi pemain Malaysia yang pertama bermain di pentas Liga Europa atau saingan elit, Liga Juara-juara UEFA pada musim akan datang, musim 2019/20. Musim ini, pasukan BATE Borisov terkeluar daripada saingan Liga Europa setelah tewas kepada Arsenal dengan agregat 3-1 pada pusingan kalah mati.

Liga Perdana Belarus baru sahaja memulakan aksinya pada awal tahun ini dan ketika ini BATE Borisov menduduki tangga ke-3 liga dengan kutipan 12 mata hasil selepas daripada enam perlawanan.



(Visited 4 times, 1 visits today)

Comments

comments