Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Jawatankuasa UEFA cadang gantung Man City

NEW YORK: Pemantau kewangan bola sepak Eropah mencadangkan juara Liga Perdana Inggeris Manchester City dilarang menyertai Liga Juara-Juara.

Badan induk bola sepak Eropah, UEFA dan Liga Perdana melancarkan siasatan tahun ini selepas majalah Jerman Der Spiegel mendakwa kelab itu melanggar peraturan Fair Play Kewangan.



Panel siasatan lembaga kawalan kewangan UEFA, yang ditubuhkan untuk meneliti akaun kelab-kelab yang disyaki melanggar peraturan berkenaan, bermesyuarat di Switzerland dua minggu lalu bagi mendapatkan keputusan.

Ketua jawatankuasa siasatan, bekas perdana menteri Belgium Yves Leterme, akan memutuskan berkenaan penyerahan kepada dewan perbicaraan berasingan, yang mungkin akan dilakukan seawal minggu ini.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada sekiranya didapati bersalah, penggantungan akan bermula musim depan atau pada kempen 2020-21.




Manchester City juga mempunyai hak untuk membuat rayuan kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

Manchester City sebelum ini menafikan sekeras-kerasnya sebarang salah laku dalam perbelanjaan mereka, dan Mac lalu mengalu-alukan siasatan UEFA untuk membersihkan nama mereka.

City, pernah didenda 60 juta euro (RM280.7 juta) dan dihadkan perbelanjaan ke atas skuad dan gaji pemain pada tahun 2014 selepas melanggar peraturan berkenaan.

Bagaimanapun juara Inggeris itu mendakwa laporan oleh majalah itu adalah percubaan untuk merosakkan reputasi mereka. – AFP



(Visited 1 times, 1 visits today)

Comments

comments

,