Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Harimau Malaya bermain di tempat sendiri

Kem Harimau Malaya menerima perkhabaran ceria menjelang dua perlawanan pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia Qatar 2022/Piala Asia 2023 menentang Timor Leste bulan depan, apabila kedua-dua aksi itu sah akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam, berkata Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) telah meluluskan permohonan itu.



“Timor Leste telah memohon supaya perlawanan diadakan di Malaysia pada 30 April, dan semalam (3 Mei) kita telah menerima lampu hijau FAM. AFC juga membenarkan pertukaran tarikh, jadi ini bermakna perlawanan pertama akan berlangsung pada 7 Jun dengan Malaysia akan menjadi tuan rumah manakala perlawanan timbal balik pada 11 Jun pula Timor Leste menjadi tuan rumah.

“Sekarang semua persoalan mengenai venue dan tarikh sudah selesai, kiranya tinggal perihal berkaitan harga tiket, teknikal dan logistic sahaja dan ianya akan kita muktamadkan dalam tempoh terdekat,” katanya kepada Foxsports ketika ditemui di Karnival Harta Intelek dan Sukan di Uptown Sports Bangi, pada Sabtu.





Sebagai rekod, Timor Leste terpaksa mencari venue lain untuk perlawanan timbal balik berikutan Stadium Perbandaran Dili, yang merupakan gelanggang tuan rumah mereka tidak melepasi syarat untuk menganjurkan perlawanan antarabangsa.

Sementara itu, Stuart juga memberitahu Malaysia akan menentang Nepal dalam aksi persahabatan pada 2 Jun, juga di Kuala Lumpur, namun stadium mana yang akan digunakan belum diputuskan.

“Jadi kita akan ada tiga perlawanan membabitkan Harimau Malaya pada Jun, sebelum dan selepas Aidilfitri. Mungkin ‘timing’ agak tak sesuai, apapun saya yakin ia tidak akan menjadi alasan untuk penyokong hadir membanjiri stadium dan menunjukkan sokongan.”



(Visited 8 times, 1 visits today)

Comments

comments

,