Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Express Pump inovasi terbaik pam tayar pancit

KUANTAN: Mengepam tayar motosikal pancit lebih mudah menggunakan Express Pump (EP), produk hasil inovasi penuntut Kejuruteraan Awam Universiti Malaysia Pahang (UMP), di sini.

Malah, keupayaan di luar jangka itu turut membolehkan EP menerima Anugerah Terbaik Kualiti sempena TRIZ Innovation Exposition 4.0 berlangsung di Kompleks Sukan UMP Kampus Gambang di sini, Sabtu lalu.




Perekanya, Isma Aida Akma Ismail, 23, berkata, alat itu mengambil masa sebulan untuk dihasilkan dengan fungsi mengepam tayar motosikal menggunakan saluran atau tiub disambungkan pada ekzos kenderaan itu.

Katanya, EP boleh digunakan ketika kecemasan di lokasi yang jauh dari bengkel selain memerlukan penukaran tiub segera.

Ia juga didatangkan dengan penapis bagi memastikan asap tidak memasuki tiub.

“Express Pump sejenis alat ringkas, mudah digunakan dan tidak memerlukan perbelanjaan besar untuk dihasilkan serta mudah dibawa.




“Bagi mereka yang suka berkonvoi, alat ini menjadi penyelamat jika tayar motosikal pancit atau meletup, kerana proses menukar tiub boleh dilakukan segera tanpa ke bengkel,” katanya.

Isma Aida Akma berkata, dia bersama tiga rakan, Hannani Hasni, 22, Muhammad Faiz Rosli, 23, dan Sultan Omar Babalghaith, 23, melakukan beberapa kali percubaan bagi menghasilkan EP untuk memastikan produk itu memenuhi keperluan penunggang motosikal.

Sementara itu, pertandingan berkenaan yang memasuki musim keempat berlangsung sejak Jumaat lalu, dirasmikan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMP, Prof Dr Wan Azhar Wan Yusoff. – HMetro



(Visited 2 times, 1 visits today)

Comments

comments