Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Aisberg setinggi 45 meter terapung di perairan Kanada

Image result for Cape Bonavista Lighthouse icebergCAPE BONAVISTA, Kanada – Seorang jurugambar amatur merakam gambar sebuah bongkah aisberg setinggi 45 meter terapung di kawasan perairan dikenali ‘lorong aisberg’ di pesisir wilayah Newfoundland dekat sini baru-baru ini.




Mark Gray sempat merakam beberapa keping gambar pemandangan menakjubkan ketika bongkah ais gergasi itu terapung melintasi pesisir Lautan Labrador dari rumahnya. Dia berkongsi gambar itu di Twitter.

Salah satu gambar itu menunjukkan betapa kerdilnya rumah api terkenal di pekan kecil itu berbanding saiz bongkah aisberg yang terapung berhampirannya.

“Rumah api Cape Bonavista kelihatan kerdil berbanding aisberg gergasi itu,” tulis Gray menerusi satu perkongsian di Twitter.





An amateur photographer captured the breadth and versatility of icebergs from his vantage in what's known as 'iceberg alley.' Above, a giant iceberg dwarfs Cape Bonavista's iconic lighthouse as it drifts through the regionLorong aisberg sering menyaksikan bongkah ais gergasi terapung bergerak melintasinya ketika lewat musim bunga atau awal musim panas.

Kira-kira 400 hingga 800 bongkah aisberg melalui perairan dekat Newfoundland setiap tahun dengan rekod tertinggi 2,000 bongkah pada tahun 1984. Kesemua ais itu dianggarkan berusia antara 10,000 hingga 12,000 tahun dan berasal daripada beberapa lapisan glasier di Greeland. -Agensi



(Visited 8 times, 1 visits today)

Comments

comments