Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Aidil Sharin ambil iktibar daripada kebangkitan Liverpool dan Tottenham

Image may contain: 30 people, people smiling, indoorNampaknya bukan penyokong Liverpool dan Tottenham sahaja yang menonton perlawanan Liga Juara-Juara pada hari Selasa dan Rabu yang lalu.




Ketua jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak nampaknya mempelajari sesuatu daripada dua perlawanan itu dan menjadikan kebangkitan Liverpool dan Tottenham sebagai iktibar buat pasukannya. Mendahului dengan agregat 3-1 dalam aksi pertama, Kedah berjaya menghalang PKNS daripada cuba melakukan kebangkitan apabila 1-1 di Stadium Darul Aman dalam aksi suku akhir kedua.

“Saya rasa ianya satu tugas yang baik walaupun kami tidak memenangi perlawanan ini. Kami tau ini akan menjadi perlawanan yang sukar. Kami belajar daripada perlawanan Liga Juara-Juara yang lalu di mana ketika pasukan ketinggalan, mereka akan serang habis-habisan.




“Tetapi saya rasa semua pemain telah beraksi dengan baik dan mengatasi 10-15 minit pertama di mana kami tidak bermain dengan baik, tetapi selepas itu mereka bangkit semula. Apa yang penting saya gembira kerana kami tidak kalah dan mara ke separuh akhir,” kata Aidil Sharin selepas perlawanan.

Jaringan Jonatan Bauman pada minit ke-16 cukup untuk membantu Helang Merah mara ke separuh akhir biarpun Azmeer Yusof menjaringkan gol sendiri pada minit ke-32 untuk mencatat keputusan seri 1-1. Kedah mara dengan agregat 4-2 dan kini akan menanti pemenang di antara Kuala Lumpur dan FELDA United di peringkat separuh akhir.



(Visited 4 times, 1 visits today)

Comments

comments

,