Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Selangor pincang, Kedah terluka

Image result for selangor sathiaKUALA LUMPUR 25 April – Ketua jurulatih Selangor, B. Sathianathan menyifatkan pertemuan menentang Kedah dalam aksi Liga Super esok sebagai tidak kena pada masanya memandangkan lawan ibarat harimau luka kerana kalah mengejut 0-1 kepada Melaka United dalam aksi ter­akhir, Ahad lalu.



Kata Sathianathan, ketiadaan tiga tonggak import iaitu Endrick dos Santos, Rufino Segovia dan Taylor Regan yang tidak dapat diturunkan akibat kecederaan turut membuatkan pasukannya pincang apabila berdepan Lang Merah di Stadium Darul Aman.

“Masa yang tidak sesuai untuk bertemu Kedah sebab mereka baru saja kalah dan sudah tentu mereka akan berjuang habis-habisan untuk mencari kemenangan.

“Kedah pasukan yang kuat, mereka ada kuasa dalam liga kita. Bukan mudah nak kalahkan mereka apatah lagi bermain di Alor Star.





“Dengan Selangor hanya boleh turunkan dua import menyebabkan tugas kami semakin sukar,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam pada itu, Sathianathan berkata, beliau tidak mahu mencari alasan disebabkan masalah yang dihadapi.

“Pemain seperti Fernando Rodriguez, Farhan Roslan mampu mengubah permainan,” katanya lagi.

Selepas 10 perlawanan musim ini, Selangor menghuni tangga ketiga dengan 16 mata, satu mata meninggalkan Kedah. – UTUSAN



(Visited 3 times, 1 visits today)

Comments

comments

,