Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Piala FA: Felda United Singkir Selangor di Shah Alam

SHAH ALAM: Naib juara musim lalu, Selangor tersingkir di pusingan ketiga Piala FA apabila tunduk 2-1 kepada FELDA United di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Semangat tidak putus asa dalam mempamerkan kebangkitan di babak kedua nyata jadi senjata ampuh buat The Fighters untuk memastikan slot ke suku akhir.



Kegagalan anak buat B Sathianathan memanfaatkan beberapa peluang terbaik turut jadi pemisah antara Red Giants dan FELDA.

Terdahulu, FELDA bermula dengan baik dan dilihat cukup merbahaya menerusi serangan balas dan terutamanya menerusi rembatan dari luar kotak Jasazrin Jamaludin, sebaliknya percubaan minit ke-11 itu serong ke sebelah kanan gawang.

Rentetan itu, Selangor bangkit menguasai permainan tetapi setiap percubaan dilakukan sentiasa dipatahkan.

Sepuluh minit babak kedua bersambung, Red Giants akhirnya berada di depan menerusi pemain pertahanan, Syahmi Safari yang memanfaatkan kegagalan pertahanan lawan untuk mengeluarkan bola hantaran lintang Syazwan Zainon.

Bagaimanapun, jaringan itu hanya bertahan sembilan minit apabila pertahanan FELDA, Thiago Junior De Aquino meledak gol pertama pasukannya untuk menjadikan perlawanan kembali seimbang.

Minit ke-73, impian Syazwan melakar nama selaku penjaring terus gagal dan kali ini menafikan oleh ketangkasan Norazlan Razali di gawang pelawat.

Ketika aksi dijangka berlarutan ke masa tambahan, kapten FELDA, Muhammad Hadin Azman pamer magis meledak gol kemenangan pada minit ke-88 selepas cemerlang melakukan larian solo dari tengah padang.



(Visited 7 times, 1 visits today)

Comments

comments