Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Manchester City kembali terajui EPL

MANCHESTER: Manchester City kembali menerajui Liga Perdana Inggeris dengan kelebihan satu mata di depan Liverpool selepas mencatat kemenangan 2-0 ke atas Cardiff City pagi tadi.

Kemenangan itu yang sepatutnya menyaksikan City menang degan jaringan lebih besar menyaksikan mereka kini mengumpul 80 mata daripada 32 perlawanan manakala skuad Juergen Klopp di tangga kedua dengan 79 mata dengan masing-masing ada baki enam perlawanan.




Jika City menang kesemua enam perlawanan, mereka akan muncul juara sekali lagi dan kini peluang itu tampak cerah selepas mencacat lapan kemenangan sederet dalam perlawanan terakhir mereka.

“Kami faham, jika kami tercicir satu mata, kami tidak akan menjadi juara.

“Dengan peluang yang kami cipta, sepatutnya kami menjaringkan lebih banyak gol, itulah kekesalannya, tapi pasukan lawan juga beraksi dengan sangat baik,” kata Guardiola.

Dalam pertembungan itu, City menguasai perlawanan sejak awal dengan mendahului seawal minit keenam menerusi jaringan Kevin De Bruyne yang menyudahkan hantaran Aymeric Laporte apabila meledak melepasi jangkauan penjaga gol lawan Cardiff, Neil Etheridge.

City mengukuhkan cengkaman dengan menambah gol kedua seminit sebelum rehat apabila Leroy Sane menyambar hantaran Gabriel Jesus.

Begitupun, hasrat City menambah gol pada babak kedua gagal apabila Etheridge bertindak tangkas menyelamatkan deretan cubaan pemain City.

Pada minit ke-66, Etheridge bertindak cemerlang dengan menyelamatkan cubaan lintang berbahaya daripada pemain muda City yang pertama kali beraksi, Phil Foden.

Lima minit kemudian, penjaga gol antarabangsa Filipina itu turut menyelamatkan satu lagi rembatan kencang Riyad Mahrez disusuli gerakan tangkan menangkis serangan Sane dan satu sepakan kencang Foden.

Cardiff nyata gagal menggugat benteng City namun mereka hampir mendapat gol pertama pada minit ke-74 apabila Kyle Walker tergelincir namun Oumar Niasse gagal menjaringkan gol selepas Ederson bergegas menghalangnya.

Kekalahan itu menyaksikan Cardiff kini lima mata daripada zon penyingkiran dengan mengumpul 28 mata.


Burnley, Southampton dan Brighton masing-masing mengumpul 33 mata manakala Huddersfield Town dan Fulham sudah sah tersingkir ke Liga Kejohanan.

“Kami cuba menjadikan perlawanan tadi lebih menarik dan kami masih mampu memberikan tentangan,” kata pengurus Cardiff, Neil Warnock.

“Kami boleh mencatat seri tetapi saya rasa kami boleh menang sekurang-kurangnya tiga baki perlawanan dan satu seri, manalah tahu?” katanya. – Reuters

(Visited 3 times, 1 visits today)

Comments

comments

,