Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Harimau Malaya korban cuti raya

KUALA LUMPUR 16 April – Pemain Harimau Malaya bukan sahaja perlu me­ngorbankan Hari Raya demi menggalas cabaran pusingan 1 kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, Jun ini, malah pemain juga diminta mengawal ‘nafsu makan’ untuk memastikan mereka kekal cergas.



Jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe sedar, memandangkan majoriti pemainnya beragama Islam dan dijangka menyambut Hari Raya pada 5 Jun, beliau awal-awal lagi menyuarakan kebimbangan ada yang ‘lupa daratan’ dengan mengambil ketupat, rendang atau apa sahaja juadah secara berlebihan.

Malaysia akan memulakan kempen di laman sendiri pada 6 Jun, sebelum bertandang ke tempat lawan pada 11 Jun.

Pasukan mana yang akan menentang Harimau Malaysia ha­nya diketahui esok apabila undian diadakan di ibu pejabat Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Bukit Jalil.

“Perlawanan itu tidak mudah, apatah lagi dalam suasana Ra­madan dan Hari Raya yang mana sudah menjadi kemestian buat setiap pemain menyambutnya bersama keluarga.


“Perkara seperti ini yang saya khuatiri akan mengganggu fokus pemain dan saya perlu berbincang dahulu sama ada mahu beri pelepasan kepada mereka atau tidak untuk menyambut Hari Raya bersama keluarga.

“Jika tidak, pemain perlu me­ngorbankan masa bersama keluar­ga,” katanya.

Selain pemain, kehadiran penyokong juga menjadi tanya kerana Harimau Malaya berisiko beraksi di stadium hampir kosong.

“Kalau penyokong dapat datang itu bagus tetapi jika sebaliknya, saya tidak boleh kata apa kerana waktu itu kita masih dalam n suasana pe­rayaan.” ujarnya lagi.



(Visited 1 times, 1 visits today)

Comments

comments