Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Budak Lelaki Trauma Kemaluan Dihisap Lelaki Bangla

Image result for cabul budakIPOH – Seorang kanak-kanak lelaki berdepan detik-detik hitam selepas diperlakukan dengan perbuatan jijik apabila kemaluannya dihisap seorang lelaki warga Bangladesh dalam kejadian di dalam tandas sebuah pasar raya di Station 18 di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd. Ali Tamby berkata, dalam kejadian kira-kira pada pukul 3.30 petang itu, ibu mangsa mula mengesyaki sesuatu telah berlaku apabila dia keluar dari tandas dengan keadaan muka yang pucat.



“Selepas ditanya, mangsa memberitahu seorang lelaki telah memanggilnya untuk masuk ke dalam sebuah bilik di dalam tandas tersebut ketika dia baru sahaja selesai membuang air kecil.

“Ketika menghampiri lelaki berkenaan, seluar mangsa telah dilondehkan sebelum lelaki itu menghisap kemaluannya sebanyak dua kali,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.

Tambah Mohd. Ali, mangsa kemudian menunjukkan suspek yang melakukan perbuatan jijik itu sebelum ibunya menjerit meminta orang ramai menangkap suspek.

“Suspek yang baru keluar dari tandas berlari masuk semula ke dalam tandas dan bertindak mengunci pintu namun orang ramai berjaya menangkapnya.





“Dia kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Katanya, suspek yang merupakan lelaki warga Bangladesh berusia 29 tahun dan bekerja sebagai pemotong buah-buahan itu kini ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 5 Mei depan bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 377A Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan seks di luar tabii,” katanya. – K! ONLINE



(Visited 5 times, 1 visits today)

Comments

comments