Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Abang buat laporan polis minta orang ramai, sukarelawan berhenti cari Acap

GOPENG – Pihak polis mengesahkan menerima laporan waris peserta Gopeng Ultra Trail 2019, Mohammad Ashraf Hassan, 29, yang hilang sejak 23 Mac lalu, supaya orang awam menghentikan operasi mencari.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim ketika dihubungi berkata, pihaknya ada menerima laporan polis yang dibuat abang Mohammad Ashraf iaitu Mohammad Azlan, pada jam 5.20 petang semalam.




Ditanya apakah tindakan lanjut pihak polis, Hasron Nazri berkata, polis akan membuat pengumuman dalam masa terdekat.

Menurut laporan polis yang dibuat Mohammad Azlan, bukan hanya berhenti daripada mencari bahkan meminta agar segala spekulasi dan berita tidak benar mengenai adiknya juga dihentikan.





“Waris ini telah pun berbincang dengan pihak ketua kampung Kampung Pintu Padang dan kerana itu dia tampil membuat laporan,” katanya mengenai laporan polis tersebut.

Setakat ini masih belum ada sebarang petunjuk baharu yang membawa kepada penemuan Pembantu Makmal di Kilinik Kesihatan Daerah Muar , Johor berusia 29 tahun itu.

Dalam kejadian pada 23 Mac lalu, Acap tiba-tiba ‘ghaib’ ketika menyertai larian Gopeng Ultra Trail di Gua Tempurung pada 23 Mac lalu.



Comments

comments