Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Hazard wira Belgium benam Russia

PARIS: Eden Hazard memastikan Belgium melalui kempen kelayakan Euro 2020 dengan baik apabila dua jaringannya membantu mengatasi Russia awal pagi tadi.

Pasukan yang layak ke separuh akhir Piala Dunia itu menang 3-1 mengatasi Russia di Brussels apabila Hazard meledak dua kali buat skuad kendalian Roberto Martinez dalam saingan pembukaan Kumpulan I.




Youri Tielemans membuka jaringan dengan sepakan rendah buat Belgium pada minit ke-14 di Stadium King Baudouin, tetapi Thibaut Courtois memberikan Russia jaringan penyamaan segera.

Penjaga gol Real Madrid itu yang diberi tekanan oleh Artem Dzyuba, panik dan menolak bola terus kepada Denis Cheryshev yang tenang menyepak ketika pintu gol sudah terbuka.

Cubaan Michy Batshuayi diselamatkan di atas garisan dan dia kemudian menyepak ke palang tetapi Hazard kembali memberikan kelebihan buat Belgium sebelum tamat babak pertama selepas kesalahan dilakukan Yuri Zhirkov dalam kotak penalti.

Perancang Chelsea itu memastikan tiga mata buat pasukannya dua minit sebelum tamat dengan penamat berkesan manakala Aleksandr Golovin dibuang padang buat Russia sejurus sebelum tamat. – AFP



 

Comments

comments